Wednesday 3 August 2011

Cuti Ihya Ramadhan 1432H - III

Ramadhan Kareem!!

Marhaban ya Ramadhan!! Rindu bertemu mu akhirnya terubat jua Ramadhan. Iltizam yang tinggi untuk Ramadhan kali ini.Segala kelebihan yang Allah kuniakan kepada umatnya di bulan yang mulia ini cukup memotivasikan saya. Saya akan terus kuat untuk mengerjakan ibadat pada Ramadhan ini, insyaAllah. Semua dari kita juga tidak memerlukan suntikkan motivasi luaran untuk bersedekah, banyakkan membaca al-Quran atau khatamkan beberapa kali, bagun malam, solat sunat dan sebagainya. Cukup dengan meneliti janji Allah kepada kita. Terutamanya dalam mencari malam 1000 rahmat, malam Lailatul Qadr. Usaha harus bermula sekarang dari awal 1 Ramadhan ini.
1 Ramadhan, perjalanan pulang ke Kedah. Esok semua sudah punyai tugasan masing-masing. Anak-anak perlu ke sekolah, saya dan isteri perlu pula untuk memenuhi tanggungjawab di organisasi masing-masing. Nikmat bersahur bersama keluarga akan dibawa pulang ke Kedah. 

Perjalanan pulang terasa cukup bertenaga, biarpun kami bertolak agak lewat iaitu pada jam 4.00 petang. Itupun sempat singgah di pasar Ramadhan di bandar Machang, Kelantan untuk membeli sedikit juadah  buat berbuka. Antara yang menjadi pilihan isteri saya adalah ketupat sotong (gambar). Sebenarnya Ma dan Isteri saya sudahpun masakkan beberapa jenis lauk sebagai bekalan berbuka Maghrib nanti. Saya cuma berpesan kepada isteri agar jangan dilupakan buah kurma. Berbuka dengan kurma adalah sunnah yang besar hikmat dan nikmatnya.

Ketika itu jam sudah menunjukan pukol 7.15 minit malam. Kataku, InsyaAllah kita akan berhenti untuk berbuka puasa bersama-sama di Masjid. Isteri saya bersetuju dan mula  mencari siaran radio KedahFM untuk mengetahui waktu azan Maghrib.Waktu itu saya gambarkan degan penuh harapan kami sempat sampai ke masjid tersebut untuk berbuka puasa. Saya bayangkan dalam pemikiran saya dengan penuh harapan kepada Allah. Alhamdulillah, tepat jam 7.38 malam, azam Magrib berkumandang melalui radio dalam kereta kami. Ketika itu kami telahpun sampai ke destinasi berbuka kami - Masjid Parit Panjang - Allahhuakbar!! Kuasa Allah mengatasi segalanya, semua anak-anak bagaikan terpinga-pinga kerana mereka membayangkan kami tidak sempat untuk sampai ke masjid Parit Panjang untuk berbuka. Tetapi inilah kuasa Allah. Kuasa DOA  yang diadun dengan LOA. Masjid ini menjadi pilihan kami untuk berhenti rehat dan bersolat sejak dari dulu lagi.  Kata isteriku, masjid ini mesra musafir. Nikmatnya berbuka bersama keluarga di rumah Allah ini. Setelah selesai solat berjemaah kami meneruskan lagi perjalanan menuju ke kediaman.  

No comments:

Post a Comment