Tuesday 16 August 2011

Ramadhan 1432H - 15

Ramadhan Kareem!!

Jumaat ini Zamarul Hisyam, aktor hebat Malaya akan hadir ke polimas untuk program motivasi dan keusahawanan. Dari minggu lepas Paijan dah telefon minta kebenaran agar dapat bawa masuk Zamarul ke POLIMAS. Pagi ini Fahmi dan Akmal pula beriya-iya berbcerita tentang program Zamarul di PTSS dan majlis tandatangan MOU Zamarul dan Syarikat Red Life Sdn. Bhd. yang berlangsung di sebuah hotel di Pulau Pinang. Saya tidak mahu pelajar saya dieksploitasi oleh syarikat-syarikat demi untuk mengaut keuntungan semata-mata. Apapun program ini tetap akan berlangsung di DK 6, Jam 9.30 pagi hingga 12.00 tghari Jumaat 19 Ogos ini. 


Akmal dan Fahmi, dua orang anak muda yang berjiwa besar. Daripada ceritanya saya dapat bayangkan mereka ingin berlari laju dan ingin mengapai bintang! Saya katakan semua itu tidak mustahil jika kena caranya dan berusaha dengan penuh disiplin, istiqamah dan sabar. Saya tekankan yang paling penting jadi orang alim dalam bidang tersebut. Bermakna mereka perlu belajar dan terus belajar dari orang-orang yang telah diyakini ilmunya. Mereka kenabermula dari bawah dan kutip pengalaman di sepanjang jalan yang mereka lalui. Pengalaman adalah guru yang paling berharga dan berguna kepada sesiapa sahaja selain ilmu. Kemudian mohonlah dari Allah dengan bersungguh-sungguh. 

Saya dahulupun ketika bercerita hajat saya kepada Dr. Syukri Abdullah, bagaimana nak menjadi penceramah seperti dia, katanya "banyakkan baca buku dalam bidang yang ingin kita buat". Ya benar, saya tingkatkan bacaan saya. Saya lebihkan masa untuk membaca dan saya buat kajian. Saya juga menulis apa yang saya baca untuk dikongsi dengan rakan. Dan akhirnya bila saya dijemput untuk menyampaikan ceramah atau mengendalikan kursus atau bengkel, semuanya menadi mudah,. Alhamdulillah.

Lalu, saya cadangkan kepada mereka agar mereka lengkapkan diri mereka dahulu dengan mengikuti bengkel yang mungkin juga dikendalikan oleh sesiapa juga yang telah berjaya dalam bidang tersebut. Kaji corak laluan mereka dan lakarkan strategi yang terbaik untuk bertindak.

Alhamdulillah, hari ini rezeki datang mencurah - curah. Pertama - Pengerusi Atmas bercadang nak buat majlis berbuka puasa dan Allah telah gerakkan seorang hambaAllah untuk sudi menderma @ membiayai kos majlis berbuka puasa yang akan berlangsung malam esok - 16 Ogos di Restoran Hijrah. Syukur Alhamdulillah. Kedua - saya bercadang untuk ambil bubur lambok @ bubur kanji di masjid Darul Aman Height selepas solat Asyar nanti, tetapi dalam perjalanan ke sana, saya batalkan niat saya tersebut kerana saya rasa jika saya pergi solat semata-mata untuk bubur lambok ia tidak berbaloi. Jadi saya tukar masjid untuk solat asyar - ke masjid Tanjung Pauh. Tetapi Allah maha pemurah! Ini rahmatnya, saya dapat juga bubur lambok yang diagihkan oleh sepasukan belia 1 Malaysia semasa saya dalam perjalanan selepas solat, menuju ke SMJ untuk menjemput anak. Ketiga JPP dapat dana tambahan untuk aktiviti sebanyak RM4000.00. Alhamdulillah. Besar nikmatmu hari ini. 

Petang itu juga saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari seorang pelajar - dia mengadu motorsikal Honda EX5 yang diletak di kawasan letak motosikal pelajar telah hilang! Saya segera meminta pelajar tersebut untuk membuat laporan polis. Mari kit apakat doa ramai-ramai, agar Allah beri keinsafan kepada pencuri-pencuri motosikal ni. 

Hari ini kakitangan awam juga dapat bonus raya sebanyak setengah bulan gaji atau minima RM500.00- rezeki juga ni - yang ke empat!  Justeru saya juga bagi bonus kepada anak-anak - bukan apa-apa pun, sekadar belikan mereka sedikit bekalan makanan mereka seperti susu kegemaran Diyana dan biskut sahaja. 



No comments:

Post a Comment