Sunday 21 August 2011

Ramadhan 1432H - 18

Salam Ramadhan Kareem!

Terasa masa terlalu amat pantas berlalu. Begitu juga kasih ramadhan ini. Bulan yang penuh kemuliaan ini akan pergi meningalkan kita tidak lama lagi. Jika sudah 18 hari kita bersamanya - terasa begitu singkat, apatah lagi baki yang tinggal cuma 11 hari lagi! Masih terlalu sedikit amalanku kepada Mu ya Allah! Masih banyak nafsu liar yang harus aku tundukkan demi Mu ya Allah!! Masih banyak yang perlu aku lakukan untuk mengejar segala ruang dan peluang di bulan yang Kau janjikan Ganjaran yang amat hebat ini ya Allah!!! Namun, aku bersyukur, di sepanjang jalan Ramadhan 1432 ini, aku masih lagi mengekalkan dan berjaya meletakkan impian @ objektif diri dalam kedudukan yang terbaik. Aku mohon ya Allah, berikan aku kesempatan meneruskan perjalanan bersama kemuliaan ramadhan ini, terutamanya meniti fasa ke dua yang kian menghilang ini. Ampunkan aku ya Allah!!
Tiada lain yang saya harapkan adalah bantuan Allah swt. Kita ini hambanya. Memang kita sewajarnya memperhambakan diri kepadaNya. Setiap kali menunaikan solat, marilah kita tanamkan dan hayati seluruh makna dan intipati solat itu sendiri - bermula dari setiap rukun dan setiap ayat yang kita lafazkan - punyai maksud yang tersendiri. Lalu kita dengan penuh sedar menyakini bahawa hidup kita kita tidak pernah tahu bila penamatnya - justeru, pada setiap kali solat, dengan penuh sedar juga - lakukanlah solat itu seolah-olah itu adalah solat yang terakhir dalam hidup kita.....begitu juga dengan ibadah yang lain - ibadah khusus ataupun ibadah umum.

Kerja juga ibadah - selain amanah dan tanggungjawab yang perlu kita tanggung dan kita jawab di hari pengadilan nanti. Sebab itulah Allah swt sentiasa memerintah kita supaya melakukan kerja / ibadah ikhlas kepadaNya. Agar sesuatu yang kita lakukan tidak tersasar hingga membawa kepada kekufuran. Apatah lagi dalam hal mengurusakan kebajikan dan disiplin pelajar. Menjaga kebajikan pelajar - melihat keperluan pelajar dan membantu pelajar yang memerlukan. Mengawal disiplin pelajar - membentuk sahsiah dan rupa diri pelajar. Pagi ini berlangsung majlis perjumpaan beberapa orang JKDP, Pegawai Eksekutif Tinggi - Pn. Yasmin dan 3 orang wakil pengawal keselamatan. Agenda kami ialah untuk melihat bentuk kerjasama yang boleh kami lakukan demi mewujudkan situasi yang sentosa dan harmoni dalam kampus POLIMAS ini. Alhamdulillah di atas roh kerjasama yang tinggi segalanya dapat diselesaikan dengan baik. Semoga kerjasama ini memberi manfaat bukan sahaja kepada pengurusan POLIMAS dan pengurusan pengawal keselamatan, malah lebih dari itu ialah kepada pelajar itu sendiri. 

Sebelum pulang YDP JPP - Kapten Al - Amin hadiahkan sehelai jersi. Terima kasih Amin. Semoga mendapat ganjaran dari Allah.  Petang, seoarang rakan - Sabri menjemput berbuka bersama untuk mengeratkan silaturrahim. Kesibukan urusan dunia ini kadang-kadang mewujudkan jurang silaturrahim antara kita. Jadi kesempatan itu tidak saya persiakan, apatah lagi dia mengajak kami sekeluarga untuk ke restoran miliknya sendiri  - Restoran Bunga Serai. Terletak bersebelahan dengan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin , Perlis. Menu istimewa restoran ini adalah Tomyam Kelapa Muda - jom cuba, sedap sangat, hingga anak-anak minta uminya masakkan di rumah!!


No comments:

Post a Comment