Sunday 21 August 2011

Ramadhan 1432H - 20

Selamat memulakan fasa ke 3 dalam perjalanan Ramadhan Kareem ini!!

Bermulanya pencarian 10 akhir ramadhan. Mencari malam seribu rahmat. Ayuh kuatkan kudrat kita, cari nya secara bersungguh-sungguh. Ini bukan perkara main-main. Kita perlu serius mencarinya. Perlu untuk setiap manusia yang mengatakan dirinya islam dan beriman kepada Allah swt. Kenapa? Turun temurun kita telah diperdengarkan cerita tentang Lailatur Qadr ini. Semua orang dari zaman kanak-kanak lagi telah diberitahu tentang malam yang hebat ini. Semua kita punyai tafsiran tersendiri tentang malam tersebut. Malam yang lebih baik dari seribu malam. Malam yang lebih berkat dari seribu malam. Malam yang malaikat mendoakan kepada kita. Malam yang kita mendapat pahala seperti kita beribadah selama 1000 bulan. 

 Mungkin gambar-gambar ini boleh bercerita kepada kita tentang lailah al Qadr ini.


Alhamdulillahm saya sempat mengikuti kuliah subuh pagi sabtu yang cerah ini. Kuliah ini disampai kan oleh Ustaz Mat Isa - saya cuba dapatkan gambar dan makumat dirinya tetapi tidak dijumpai. Kesimpulannya cukup bermanfaat sekali. Beliau mengupas Ramadhan dari aspek yang cukup berbeza. Saya kongsikan beberapa perkara yang masih saya ingat. Beliau mengambil hanya satu aspek ramadhan untuk dikupas iaitulah "ramadhan menundukkan nafsu". Sebagaimana kita orang islam yang bertunjangkan Rukun Islam yang lima, bermula dari Syahadat, solat, zakat, puasa dan haji. Semua itu punyai elemen agar kita sebagai hambaNya tunduk kepada Allah swt.  

Syahadat menyediakan hati kita agar tunduk kepada Allah swt. Solat menyediakan fizikel kita agar tunduk kepadaNya. Zakat menyediakan harta kita agar tunduk kepada Allah. Puasa menundukkan nafsu juga kerana Allah dan Haji memanifestasikan keseluruhannya!!

Nafsu dikatakan seperti kanak-kanak kerana sifat kanak-kanak yang - nakal, tidak tahu malu dan tidak memikirkan risiko. Jadi orang-orang yang berpuasa tetapi masih lagi tidak tahu malu, tidak fikirkan risiko dari perbuatan dan masih bersifat nakal itu sebenarnya masih dibelenggu nafsu!! Fikir-fikirkan.

Jom tingkatkan amalan di akhir 10 ramadhan ini. InsyaAllah, kalau kita buat - kita akan dapat.   

Sekitar Jitra, sesak dengan kereta dan orang ramai. Pasaraya, gedung dan kedai-kedai semua memainkan lagu raya. Banyak gerai sempena hari raya mula dibuka. Saya amat terkejut dengan kadar sewa khemah yang digunakan untuk jualan aidilfitri. Ia mencecah RM3000.00 sehingga RM9000.00 sebulan! Dibuka secara bida kepada peniaga yang berminat. Relatifnya bila sewa mahal harga jualannya juga akan turut menerima kesan yang sama! Sepasang baju melayu kain biasa dijual dengan harga RM105.00. Ada antaranya ditempah dari luar negara - Vietnam kerana kos yang rendah. Wallahhuaklam.....

No comments:

Post a Comment