Sunday 7 August 2011

Sekitar Leadership Performance Camp - Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

Alhamdulillah LPC telah berjaya dijalankan bermula 4 Ogos hingga 06 Ogos 2011, bertempat di Kem Perit, Kuala Nerang, Kedah. Syabas kepada Jawatankuasa pelaksana LPC yg berjaya menganjurkan satu program yang hebat demi untuk membentuk legasi kepimpinan JPP yang berilmu. Terima kasih kepada alumni JPP Sdr. Nurul Fahmi dan Sdr. Akmal Mukmin yang masih sayangkan perjuangan JPP. Terima kasih kepada En. Fitrah kerana sudi menjadi pegawai pengiring. Terima kasih kerana mengundang saya bagi mengendalikan sesi pengenalan kepada Akta 174 bermula jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari, Jumaat, 05 Ogos 2011.


Sesungguhnya rahmat Allah swt kepada kita semua kerana berusaha untuk menjadikan program sebegini walaupun dalam bulan puasa. Ramadhan membawa seribu keberkatan kepada kalian semua. Allah jua menganugerahkan ilham kepada kita untuk mencernakan pengisian program tersebut dengan lebih bermanfaat, dan mendapat ganjaran pahala dalam bulan yang mulia ini. Antaranya ialah dengan Zikirullah. Saya memulakan sesi dengan mengajak peserta untuk melihat kebesaran alam dan tanda-tanda kebesaran Allah swt, lalu mengajak semua peserta melafazkan "Subhanallah" beramai-ramai dan serentak. Kemudian saya memohon kepada peserta untuk muhasabah diri, melihat nikmat dan kurniaan Allah kepada kita dan ucaplah "Alhamdulillah" juga secara serentak dan kuat-kuat. Saya seterusnya mengajak peserta untuk terus bertindak dengan melafaskan "Allahhuakbar". Bila peserta kelihatan agak kekeringan dan mula hilang fokus, saya akan sebutkan - lihat ke keluar, dan mereka serentak melafazkan "Subhanallah", bila saya sebut -  lihat ke dalam serentak mereka berkata "Allhamdulillah" dan saya sebut terus bertindak , lalu semua akan melaungkan "Allahhuakbar!!". Alhamdulillah, ganjaran pahala dapat, fokus merekapun dapat dipulihkan, dan mereka juga lebih bersemangat. 

Menyampaikan intipati Akta 174 untuk difahami oleh pelajar memerlukan teknik yang boleh menarik minat mereka untuk terus mengikuti sesi bersama saya tersebut. Dengan izin Allah, semuanya berjaya disampaikan dan mereka semua juga memberikan kerjasama serta tindakbalas yang baik.Demi untuk memberi ingatan dan menyemai pemahaman peserta, saya akhiri slot saya tersebut dengan sesi pengukuhan hipnosis yag ternyata memberi kesan yang besar kepada peserta. 









2 comments:

  1. Alhamdulilah semua berjalan dengan Lancar....
    Terima Kasih Atas Sokongan SEMUA....
    Semoga Program Seperti ini dapat diteruskan untuk masa Hadapan...INSYALLAH....

    ReplyDelete
  2. PAGEY!!!
    Alhamdulillah. Smuanya dpt bjalan dgn lancarnye.
    Wlupn d bln puasa. Mmg kali ne nampk pelapis rakan exco kali ne mmg aktif.
    Kita kna jga n btk diaorg dr skrg. Smgt cntkn organisasi.
    Tq kpd en.nik,en.tarmizzi n en.rahman g byk bg skongan thap LPC ini.
    Smga JPP TERUS GAH n mantop.
    Alumni sntiasa membntu anda bila anda krunsingan.nice~

    ReplyDelete