Wednesday 17 August 2011

Ramadhan 1432H - 16

Salam Ramadhan Kareem!

Perjalanan ramadhan kini perlahan-lahan turun dari puncaknya. Kita telah berada di dalamnya, bersamanya untuk 16 hari. Walaupun ia beransur meninggalkan kita, tetapi hakikatnya, amal ibadah kita harus dipertingkatkan.

Wah, lagu raya juga sudah mula berkumandang di info channel POLIMAS! Bersemangat betul ya nak sambut hari raya. Bagi saya sendiri, melihat selagi saya masih dalam dakapan ramadhan, saya tidak melihat hari raya sebagai destinasi. Segala amal ibadah kita sepanjang jalan ramadhan ini yang paling penting , bukannya destinasi. 

Ya Rabbi, gemuruh jiwa rasanya bila saya terbaca berita dalam akhbar hari ini. Rakan saya di PTSS di hadapkan ke mahkamah atas tuduhan salah guna kuasa oleh SPRM. Saya hanya mampu berdoa kepada tuhan agar sekiranya dia tidak bersalah maka bebaskanlah dia dari tuduhan itu. Simpati saya sampaikan lewat panggilan telefon petang hari itu. Namun begitu, peristiwa yang berlaku diharap dapat membuka mata dan fikiran banyak pihak agar sentiasa menjalankan tanggungjawab / amanah mengikut prosedur yang telah di tetapkan. Penyelewengan bukan sahaja menyusahkan diri orang lain, bahkan akan terkena kepada kita semua juga. Sentiasa ingat bahawa pembalasan Allah  tidak semestinya di akhirat. SPRM hanya menjalan tugasnya sahaja. Seandainya selepas siasatan dibuat, terdapat kes atau prima facie, maka kertas siasatan akan dipanjangkan kepada Pendakwa raya untuk dibuat kajian sebelum pendakwaan boleh dilakukan. Kepada beliau, tabahlah! Angaplah ini sebagai salah satu ujian sementara kita masih hidup yang perlu dihadapi untuk kita rasai nikmat hidup yang sebenar. 

Petang berbuka bersama aTmas di restoran Hijrah, Kepala Batas, Alor Setar. Saya bawa bersama semua ahli keluarga yang ada. Cikgu Zulkamal dan Cikgu Muzafar Tawang turut hadir ke majlis itu.

2 comments:

  1. assalamualaikum encik
    wow banyak betul aura positif sejak kebelakangan ni ye..
    pasal mercun hari tu, kalau main mercun dekat Masjid memang luruh jantung jemaah semua,
    selain membazir.
    Tentang encik berhenti merokok? You can do it, hehe

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam. Semoga ramadhan ini berbekas di hati kita. Terima kasih Adam. InsyaAllah istiqamah dalam apa saja yang kita lakukan. Kejayaan adalah pilihan kita. Saya memilih untuk menyatakan rokok bukan untuk saya dan saya saya sihat tanpa rokok. Memilih sesuatu yang positif untuk hidup lebih positif. Selamat meneruskan ibadah akhir ramadhan ini. Salam takzim saya kepada Adam sekeluarga.

    ReplyDelete