Sunday 21 August 2011

Ramadhan 1432H - 19

Pagi!! Salam cinta kasih kerana Allah dan Rasulnya !!!

Selamat pagi jumaat yang indah. Hujan turun mulai membasahi jitra di sepertiga malam tadi lagi membawa ke waktu subuh. Usai sahur bersama keluarga - hujan masih belum mahu berhenti. Azan subuh sudah mula kedengaran. cepat-cepat saya memperbaharui wuduk dan menunaikan solat sunat dua rakaat di rumah, sebelum pergi ke surau.Pagi ini kuliah Tuan Syeikh Alwi mengupas kepentingan memberi makan kepada orang yang berpuasa.
Bukan sahaja untuk berbuka, malah termasuklah moreh dan juga sahur. Amat  besar fadhilatnya hingga kan ada hadis sahih yang menyebut bahawa sesiapa yang menyediakan makanan kepada orang yang berpuasa akan mendapat pahala puasa orang itu tanpa mengurangkan pahala orang tersebut!! Beliau juga terus memotivasikan jemaah supaya merebut peluang yang ada dalam bulan ramadhan ini untuk mendapatkan syurga khusus untuk orang-orang berpuasa - syurga Ar Rayyan.

Hari ini hari cuti untuk kakitangan kerajaan - peluang terbaik untuk terus merapatkan jurang ibadah - terutama membaca al Quran Nur Kareem dengan lebih baik lagi. Isteri mengajak untuk ke pasar Jitra. Wah harga ikan semakin menuju akhir ramadhan semakin naik lagi. Siakap sudah mencecah RM35.00 sekilogram, ikan merah RM30.00 sekilo dan tenggiri pula RM35.00 sekilo, begitu juga dengan jenahak!! Benar semakin mahal harga ikan di pasar. Fenomena ini akan berubah selepas raya nanti, percayalah! Semua kan kembali normal - mengikut harga pasaran. Bagaimana dengan ibadah kita? Sepatutnya semakin menuju kahir ramadhan ini, kita juga semakin meletakan nilai setiap detik itu dengan harga yang juga semakin mahal dan tidak boleh kita sia-siakan !! 



Paijan dan Ceramahnya
Jam 10.00 pagi program motivasi bersama aktor Zamarul Hisyam akan berlangsung di dewan kuliah 6, Polimas. Bila jadi artis tentunya ramai peminat. Jpp telah melakukan promosi yang terbaik yang boleh mereka lakukan - mengedarkan risalah dan menampal poster disegenap pelusuk kampus ini. Kelab keusahawanan, dan rakan Exco telah mewajibkan ahli mereka hadir. Begitu juga dengan kelab pembimbing Rakan Sebaya dan Angkatan Teater Polimas.  Sesi bermula dengan Sdr. Akmal Mukmin @ Abg Pagey, yang mebawa karektor ala-ala ESQ 165 - memulakan dengan surah as Syam - demi matahari. Kemudian Amizal @ Paijan memulakan sesi ceramah motivasi keusawanah. Yang menarik ialah fakta bahawa - pernigaan adalah sunnah rasul, bahawa pelajar tidak akan terlepas dari hutang  @ PTPTN bila keluar kelak, bahawa peluang pekerjaan tidak terjamin. Kemudian dia kenalkan dengan produk Red Life! Untuk Rekod Paijan adalah CEO Red Life! 

Seorang pelajar lelaki dipanggil untuk dibuat demonstrasi keberkesanan produk yang dibawa - diva (?) saya tidak pasti jenama produk tersebut. Pelajar tersebut diminta mendepakan tangan dan mengangkat sebelah kakinya. Kemudian sebelah tangannya ditekan kebawah dan dia hilang keseimbangan dan hampir terjatuh! Bila produk ini dilumurkan di lehernya, kemudia sekali lagi pelajar itu mengulangi perlakuan yang sama - tetapi kali ini bila sebelah tangannya ditekan, dia masih gagah berdiri dengan sebelah kaki! Ini bukan magik tuan-tuan!! Begitu juga dengan beberapa demonstrasi yang lain yang menarik minat peserta. Peserta memang mudah tertarik minat dengan sesuatu yang pelik bukan? 

Bagi saya, saya telah lalui banyak demonstrasi seperti ini. Banyak produk menggunakan teknik yang serupa untuk menyakini khalayak. Cara yang semuanya sama! Apa rahsianya? Semua ini berkait rapat dengan sub concious mind - minda separa sedar dan hipnosis! Sistem neurologi manusia. Sesiapapun boleh lakukannya tanpa produk atau dengan produk. Bukan sesuatu perkara yang mustahil. Nak tahu ? Saya ada caranya. 



Tuan Nazran bersama MR ZH

Zamarul hanya muncul untuk lebih kurang 15 minit. Duta produk yang bawa oleh syarikat untuk menjana khalayak - menarik ramai khalayak hadir ke program. Program diakhiri dengan edaran borang penyertaan program Red Life - Program Network - anda masuk - bayar RM390.00, cari 2 orang ahli baru atau 2 cawangan dan begitulah berikutnya. Pulangan yang anda akan dapat saya tidak dapat pastikan - kerana tidak diterangkan. Hari itu pelajar yang berminat cuma perlu bayar deposit RM30.00 dan dapat  berbuka puasa bersama Zamarul. Kemudian sesi fotografi bersama zamarul berlangsung. Sayapun sempat juga bergambar dengan beliau - silaturahim sesama kita - kredit kepada Sdr. Mohd Nurul fahmie kerana beri peluang bergambar.  

Komen saya - saya tidak akan teruskan lagi program sebegini di Polimas.Saya punyai sebab tersendiri - Saya tidak setuju dengan kutipan deposit sebegitu. Saya tahu demostrasi begitu kerap dilakukan untuk pelbagai produk. Saya risau ada agenda tersembunyi yang perlu saya tapis! Hanya Dia yang tahu segalanya. Mohon Allah ampunkan dosa kita semua.
  


1 comment:

  1. Salam.
    PAgeY!
    sy juga bpndapat seperti tuan.
    Tdk mgapa.
    Salam Ramadhan.
    Sma2 mgejar 10mlm trakhr utk mencri Rahmat Allah dan Lailatul Qadar

    ReplyDelete